Header Ads

Penunggu Rumah Ternyata Pocong

Rumah tersebut asalnya dimiliki oleh seorang ahli perniagaan di ibu kota. Namun rumah itu tidak digunakan oleh ahli perniagaan itu sebagai tempat tinggal sebaliknya hanya dijadikan rumah persinggahan.

Pada pertengahan April tahun tersebut, Zaidi dan isteri serta seorang anak lelakinya yang baru berusia empat tahun mulai menempati rumah yang di beli dengan harga murah ini.

Setelah di bersihkan, Zaidi mulai mengangkut semua perabot dan barang-barang lain ke rumah barunya. Sibuklah suami isteri itu mengatur letak segala perabot. Agaknya kerana terlalu letih, pasangan suami isteri ini tertidur pulas pada malamnya.

Ketika sedang nyenyak tidur, sekitar pukul 12 tengah malam, tiba tiba Zaidi terbangun. Dia berasa seolah-olah dikejutkan oleh satu suara aneh. Selain itu di luar rumah Zaidi seperti mendengar suara riuh orang ramai. "suara apakah yang aneh itu?" bisik Zaidi dalam hati. Kerana rasa ingin tahu, perlahan-lahan Zaidi bangun dari katil dan mengendap dicelah-celah pintu di ruang tamu.

Zaidi melangkah ke tengah rumah untuk mencari dari mana datangnya suara suara aneh itu. Semakin lama, suara itu kedengaran semakin jelas. Akhirnya Zaidi mulai menangkap bahwa suara tersebut datangnya dari depan rumah. Dalam keadaan tidak tentu arah itu, Zaidi memberanikan diri mengintai keluar.

Bulu tengkuknya meremang apabila dari pagar, dia terdengar suara mengekek seolah-olah seseorang sedang ketawa. Zaidi membuka pintu dan lampu luar yang hanya berkuasa 40 watt itu, maka tubuh Zaidi yang tegap tiba-tiba menggeleter. Pucat pasi mukanya.

Keberanian yang tiba-tiba muncul itu, tiba-tiba lenyap apabila didepan matanya , Zaidi melihat lebih dari lima hantu pocong sedang berkeliaran disekitar halaman rumah. Hantu-hantu pocong itu memukul-mukul pintu pagar sambil ketawa terkekeh (Agaknya macam mau bertamu tuh pocong hehehe..). Kesemuanya berbalut dengan kain kafan.

Ada kain kafan yang masih putih bersih dan ada jugak yang sudah comot seperti dilumuri tanah liat. Dari celah-celah kain kafan itu, Zaidi dapat melihat dengan jelas, wajah-wajah itu amat menyeramkan. Karena terlalu takut, Zaidi berlari masuk kedalam bilik dan terus memeluk anak dan mengejutkan isterinya yang sedang nyenyak tidur.

Ketika itu Zaidi tidak peduli apakah perbuatannya boleh menyebabkan isterinya juga akan dilanda rasa takut. Dalam keadaan terpinga-pinga, Masliah isteri Zaidi terbangun.

Sambil mengusok mata dia bertanya kenapa Zaidi membangunkannya di tengah malam. "Masliah dengar tak bunyi menyeramkan diluar sana tu…" Masliah yang seperti sedang bermimpi kerana dikejutkan secara mendadak itu, coba memasang telinga. Puas dia mendengar tetapi tidak ada apa yang aneh dipendengarannya. Di luar hanya senyap sunyi. "Saya tidak dengar apa apa, agaknya abang bermimpi ni," ujarnya dan mahu merebahkan kembali tubuhnya ketilam empuk mereka.

Karena tidak puas hati dengan penjelasan dan tindakan isterinya itu, Zaidi menarik Masliah semula agar isterinya tidak tidur kembali. Dia menceritakan apa yang didengar dan dilihatnya. Dia juga menceritakan bahwa dia melihat dengan jelas hantu pocong berkeliaran di halaman rumah mereka. Tertarik dengan cerita suaminya itu, Masliah penasaran ingin mengetahui, adakah benar-benar apa yang diceritakan oleh suaminya itu benar-benar wujud.

Dengan itu dia dan Zaidi perlahan-lahan melangkah ke luar bilik dan menuju kepintu ruang utama. Disebalik tingkap nako, mereka menyibak langsir untuk melihat hantu pocong yang sedang berpesta itu. Sebenarnya Zaidi sendiri haran kenapa selepas dia mengejutkan Masliah, pocong-pocong itu tidak lagi mengeluarkan suara kekekan yang menyeramkan.

Bagaimanapun diam-diam dia berdoa agar hantu itu masih ada di halaman rumahnya untuk membuktikan kepada isterinya bahwa dia tidak cakap kosong dan tidak dianggap sedang bermimpi. Dengan hati-hati suami isteri itu melihat keluar. Dan Zaidi dapat melihat dengan jelas sekumpulan makhluk berpakaian putih itu sedang berlonggok didepan rumah. Mereka seolah-olah sedang mengadakan musyawara.

"Tengok tu, pocong-pocong itu sedang berlonggok. Patutlah mereka tak mengilai lagi." ujar Zaidi memeberitahu Masliah isterinya. Masliah tercari-cari dimana hantu-hantu sedang berlonggok seperti dikatakan suaminya kerana dia langsung tidak melihat sebarang makhluk atau manusia berlegar di halaman rumah. "Mana bang, saya tak nampak apa-apa pun," ujar Masliah bertanya kembali kepada Zaidi. Pertanyaan Masliah membuat Zaidi berkerut wajah. Dia memandang tepat kewajah isterinya.

"Tak kan awak tak nampak. Hah tengok tu, mereka dah mula bersurai dan duduk diatas kursi kita. Mereka menangguk-angguk pada kita." Apa yang diberitahu Zaidi itu semakin membuat Masliah terkedu. Apa yang terkena dengan suaminya.

Adakah suaminya itu sedang bermimpi atau sedang dirasuk sesuatu yang aneh. Tiba tiba Zaidi menutup telinganya kerana terlalu bingit dengar hilaian pocong-pocong tersebut. Melihat telatah suaminya itu, Masliah memimpin Zaidi kembali kebilik tidur mereka.

Tetapi Zaidi masih lagi menutup telinganya. Katanya dia tidak tahan mendengar bunyi kekehan hantu-hantu itu. Masliah mengambil surah yasin dan memberikan kepada Zaidi untuk dibaca. Setelah berkali-kali Zaidi membaca surah itu, baru dia nampak tenang dan boleh tidur seperti biasa. Esoknya apabila terbangun, Zaidi terus teringatkan apa yang berlaku malam itu.

Masliah yang baru selasai solat subuh meminta Zaidi segera berwuduk dan bersolat. Pagi itu selepas bersarapan, Zaidi pergi ke halaman rumah. Dia melihat disekitar dan matanya ternampak tanah-tanah yang seolah-olah berselerak seperti bercangkul.

Dia memanggil beberapa orang alim ulama untuk 'membersihkan' rumah dan kawasan rumah tersebut dari gangguan hantu. Dari penduduk sekitar dia mendapat tahu bahwa kawasan rumahnya adalah tempat mayat-mayat tahanan tentera japan ditanam. Inilah menjadi dari balik kisah tersebut.


Tidak ada komentar

Diberdayakan oleh Blogger.