Header Ads

Cerita horor Malam yang menyeramkan

Cerita horor Malam yang menyeramkan
Malam yang menyeramkan
Sekarang saya ceritakan pengalaman saya yang saya tak akan lupakan sampai bila-bila. Pengalaman seram nie masih segar diingatan saya dan setiap kali saya melihat tempat tu mesti saya ingat balik kejadian yang saya alami di tempat angker nie . Ia membuat saya trauma setiap kali saya melihat tempat tu .

Kejadian nie berlaku pada tahun 2007, yakni hari saya keluar daripada daerah Sandakan buat pertama sekali untuk menyambungkan pelajaran saya. Disebabkan saya menerima surat penerimaan yang saya terima selepas SPM tetapi saya tolak disebabkan surat tu lambat sedikit dan pada masa saya telah memasuki sekolah lain untuk mengambil sijil dalam akaun. Itu kisah lama dan hanya satu sahaja dengan maju ke hadapan. Kolej yang menarik perhatian saya adalah INTI kolej yang terletak di Putatan.

Semasa di Kota Kinabalu, saya bersama mak saya bermalam di rumah mendiang mak cik saya.

Kerna pada masa itu mendiang cukup gembira dan menerima kami untuk bermalam di rumahnya lepas dia mengambil kami di lapangan terbang KK. Tak menyangka bagi saya ia adalah pengalaman paling seram bagi saya semasa bermalam di rumah mendiang mak cik saya nie . Tempat itu tak lain tak bukan adalah Kondominium Wakiki, Tanjung Aru. Tempat itu semasa penbinaan ada kes telah berlaku dengan kemalangan jiwa serta pernah ditinggalkan selama beberapa tahun sebelum diambik alih oleh syarikat lain

kerna sudah tiada berita daripada syarikat lama yang mengendali kondominium maka

ia ditinggalkan. Walaupun kondominium adalah berciri mewah tetapi tak ramai yang tinggal di sana.
Balik ke kisah yang saya bakal ceritakan nie, pada masa itu saya masih belum tahu lagi yang saya ada kebolehan untuk melihat, mengesan dan merasai kehadiran benda-benda halus yang manusia tak boleh nampak. Ia adalah perkara yang paling seram bagi saya sepanjang malam saya bermalam di rumah mendiang mak cik saya. Bagi saya hanya biasa sahaja semasa saya kali pertama menjejakkan kaki saya di kondominium angker nie , kira seronok juga kerna sudah lama saya tak pergi KK. Lepas sahaja bermakan malam dengan mendiang mak cik saya di luar dan lepas meronda-ronda di bandar KK, kami terus balik ke kondominium. Pada masa selepas mendiang mak cik saya meletak kereta sahaja di tempat letak kereta, saya terasa seram sejuk sahaja bagaikan ada orang memandang tajam ke arah saya malah semasa di dalam lif juga perasaan seram itu tak dapat dibuang. Lepas sahaja keluar daripada lif perasaan itu tetap tidak lari bagaikan ia mengikut setiap pengerakkan kamu tak kira dimana-mana kamu pergi. Semasa di rumah mendiang mak cik saya barulah perasaan itu hilang.
Sangkaan saya memang menjadi nyata kerna perasaan yang saya alami tadi tak akan berulang lagi tetapi ia salah, pengalaman seram saya lebih teruk akan berlaku pada malamnya. Malam

tu saya dan mak saya tidur lewat sedikit dekat tengah malam agak-agak 11malam begitu. Kish seram saya berlaku semasa tepat tengah malam sehingga jam 3pagi.
Baca Juga = Cerita Horor keranda mayat berjalan sendiri
Nie saya cerita seperti saya ingat, selepas sahaja mak saya matikan lampu untuk tidur disitulah ia bermula. Saya tidur berdekatan dengan meja cermin

make-up manakala mak saya dekat dengan pintu jamban. Bila sahaja saya nak terlelap saya terdengar bunyi dekat meja tu macam b mengacau barang di situ, saat saya terbuka mata saya. Betul-betul saya ternampak ada lembaga kecil sedang mengacau barang di meja tu, apa lagi saya kejutkan mak saya supaya buka lampu. Dan bila sahaja lampu dihidupkan lembaga itu telah hilang. Saya terus memberitahu mak saya apa yang saya telah lihat dan mak saya hanya meletakkan gula-gula di meja tu, malah saya juga turut meminta mak saya tukar tempat tidur kerna pada masa itu jantung saya berdenyut kencang yang melampau sangat.

Kisah itu tak berakhir di sini sahaja, selepas sahaja terlelap sekejab entah mengapakah dengan sendiri nie saya terbuka mata dan melihat di depan saja. Betul dihadapan saya lembaga hitam berdiri di depan katil keadaan nie cukup menakutkan saya malah saya ada membaca ayat-ayat suci Al-Quran barang itu tidak mahu hilang malah medekati saya, terus saya menyelimutkan seluruh diri saya dan terlelap. Bila saya buka selimut saya sekali lagi nak di atas katil mak saya ada lembaga hitam macam bentuk kepala sahaja. Dengan keadaan takut saya terus baca apa yang patut dan tutup mata saya semula dengan harapan ia lari. Tetapi ia tak benar dan nie adalah paling teruk sekali dalam hidup saya apabila saya melihat sesuatu yang dahsyat sekali dan tak akan saya lupakan. Ia berlaku pada masa dekat jam 3pagi, bila sahaja saya membuka mata saya selepas kejadian tadi tu. Betul-betul dihadapan saya benda tu duduk di tepi katil mak saya, nak menjerit tetapi suara tak nak keluar. Lembaga berwarna hijau malah bentuk keseluruhnya saya nampak bagaikan ia seorang lelaki tua dengan berpakaian baju berpetak-petak plate macam

style orang dulu-dulu. Ia memandang ke arah saya sebelum menghilangkan dirinya, terus saya kejutkan mak saya supaya hidupkan lampu bilik. Mak saya menanyakan mengapa mengejutkan dia dan saya memberitahu kesemuanya kepada dia; terus dia pergi dapur mengambil bawang merah dan putih. Dia meletakkan di tepi katil saya dan menjaga saya sehingga saya tertidur. Kemudian its history sebab saya dah tertidur dan taktau apa yang berlaku selepas itu.

Pagi itu, kejadian malam itu betul-betul angker bagi saya malah ia memberikan saya trauma kepada tempat itu. Mak saya memberitahu saya agar tak memberitahu kepada mendiang mak cik saya dengan pengalaman malam tu kerna tak mahu melukakan hati mendiang malah menolak kebaikkan yang dia telah berikan kepada kami. Dan mak saya memberitahu kepada saya juga yang dia sendiri pengalami sendiri dan membuatnya terbangun daripada tidurnya. Dia betul-betul merasakan ada benda macam tangan sejuk menyentuh dia di lengan dan membuat dia terbangun dari tidurnya itu pun selepas saya tidur.

Kejadian itu bagaikan memberikan saya jawapan mengapa tempat tu berhantu malah semasa pembinaannya pernah berlaku kematian. Selapas malam tu , keadaan malam yang lain sudah tiada gangguan kerna mak saya saya membeli Ingu dan limau sebagai perlindung; selama 6 hari di sana bagai tiada apa-apa.
Baca Juga = Cerita Horor Pocong menagih janji
Pernah sekali tu , saya secara sukarela menolong mendiang mak cik saya membuang sampah. Perasaan itu datang balik dan macam ada benda melihat kamu sepanjang jalan dari lif ke tempat perbuangan sampah. Dengan keadaan seram sejuk saya mempercepatkan perjalanan saya terus ke rumah mendiang mak cik saya nie. Dan pernah sekali saya melihat dari tingkap ke arah kolam renangnya pada waktu malam, ternampak bagaikan ada lembaga berenang-renang di kolam renang sebelum iamenyelam dan ghaib.

Tak kira malam mahupun siang keadaan di sana cukup menyeramkan bagi saya, biar saya cerita keadaan kondominium tu . Ia mempunyai 2 taman permainan dan satu boleh nampak dari jalan raya manakala satu lagi di bahagian belakang kondominium malah tiada kanak-kanak pergi bermain di sana. Kolam renangnya adalah kemudahan yang diberikan kepada penhuni kondominium dengan kata nama lain ia free dan tak kira siang atau malam penhuni boleh mengunakan ia malah ia ada kemudahan bilik mandi selepas berenang di kolam renang itu. Tak semua di kondominium nie sama hanya tingkat1-5 sahaja yang 100% dihuni manakala tingkat diatas tak banyak yang menhuninya. Tingkat 1-5 ada kira 1 unit manakala tingkat 6-12 adalah unit yg unik yang mempunyai 2 tingkat kira macam rumah la. Nombor pada lif juag berbeza dengan 1,2,3,4,5,6,8,10,12 dan 14. Hanya 2 tower sahaja sampai ke tingkat 12 manakala hanya satu sahaja yang sampai ke tingkat 14. Bagi unit macam rumah nie tak banyak yang tinggal disana malah jiran kira berjauhan juga. Tempat letak kereta malah berjauhan bergantung kepada nombor rumah dan tempat letak kereta bagi tetamu pula berjauhan lagi dan berdekatan dengan pondok pengawal. Kondominium nie kebanyakkan warga Korea dan sedikit orang putih turut tinggal di sana, bilang yang local tak banyak. Sewa bagi kondominium pula boleh menyewa mengikut minggu, bulan mahupun tahun (sudah tak ingat bayaran untuk menyewa kondominium nie ) dan hanya masa cuti sahaja ramai warga Brunei menyewa di sana bukan di unit yang besar tetapi di unit yang kecil sahaja.
Baca Juga= Cerita horor rumah bekas pesugihan
Syukurlah mendiang mak cik saya sudah tak tinggal di sana sudah selepas beberapa tahun dan berpindah ke rumah asalnya selepas renovation. Setiap kali saya terpandang kondominium tak kira siang mahupun malam ingatan saya pada malam itu tak akan hilang dari ingatan saya buat bila-bila.
Mungkin orang Sabah sendiri tidak mengetahui bahawa ada

folklore tentang tempat tu malah pernah diceritakan bahawa tempat tu ada penunggu yang suka makan ikan nelayan di sana. Dengan kebijaksaan seorang nelayan di sana memperdayakan hantu tu dengan kerja yang sia-sia dengan menyuruh ia mencari bahagian sebelah ikan sebelah. Selepas itu hantu tu tak mengacau lagi sebab masih mencari bahagian tu .

Sekian.

PS : saya pernah menceritakan kejadian nie pada Uncle Seekers dengan harapan boleh membantu tetapi ia membuang masa sahaja, Saya mengharapkan pandangan bukan butiran yang mengarut tentang tempat tu . Lepas tu tada balas dari dia lagi dan email tu saya masih simpan.
Sampai di sini sahaja cerita saya

nie , nantikan cerita pengalaman saya yang lain yang bertajuk “ Asrama I ”.

Ingat tempat yang ditinggalkan tiada benda lain tinggal di sana, dunia nie bukan kita manusia sahaja yang tinggal di dunia nie malah ada mahluk Allah lain turut berkongsi tinggal di dunia

nie . Bila kita di tempat baru mesti kita ingat memberi salam dahulu sebab ia tempat yang aneh bagi kita. Ia hanya langkah berhati-hati sahaja jika tak ia akan datang mengacau.

Yang anda cari =
cerita menyeramkan dibalik lagu nina bobo cerita menyeramkan banget cerita menyeramkan dan menakutkan cerita nyata menyeramkan cerita menyeramkan jepang cerita hantu menyeramkan cerita malam jumat suami istri cerita seram malam pertama

Tidak ada komentar

Diberdayakan oleh Blogger.